Tun Juhar terima kunjungan Panglima TLDM

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (17 MAC): Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia yang baharu, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Abdul Rahman yang mula menyertai TLDM pada 2 Julai 1982 telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut (TLDM) ke-18 bermula 27 Januari yang lalu bagi menggantikan Laksamana Madya Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.

Selain memaklumkan mengenai pelantikan beliau, kunjungan tersebut juga bertujuan untuk memberi taklimat berkenaan dengan perkembangan semasa TLDM khususnya keselamatan perairan Sabah kepada Tun Juhar.

Hadir sama, Panglima Armada Timur yang baharu, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy, Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Muda Sazalee Shoib, Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir dan Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Azizi Ahmad Sarkawi.