Tujuh pegawai, anggota polis dituduh kes pembunuhan pemandu e-hailing di Tawau

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (8 FEB): Susulan pembunuhan pemandu e-hailing di ladang kelapa sawit di Batu 5 Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu seramai tujuh pegawai dan anggota polis dituduh di Mahkamah Majistret, di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, pertuduhan dibuat selepas PDRM melengkapkan siasatan berhubung kes pembunuhan itu.

“Kertas siasatan akan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara pada pada 7 Febuari 2023.

“Semua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

“Tujuh suspek terdiri daripada enam pegawai dan anggota polis serta seorang orang awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia menerusi bedah siasat.

Terdahulu, seorang wanita merupakan isteri mangsa ditahan atas kesalahan sama pada 30 Januari tahun ini.

Kesemua suspek akan dituduh di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.