Tiga selamat insiden rumah roboh di Kudat

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.com

KUDAT (1 NOV): Tiga penghuni termasuk seorang kanak-kanak di sini berdepan detik cemas selepas kediaman atas air mereka roboh akibat dilanda ribut di Kampung Pantai Bahagia, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kira-kira jam 1.40 kejadian itu berlaku namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau meragut nyawa.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 pagi sebelum anggota digerakkan ke lokasi.

Hujan lebat dan angin kencang telah memusnahkan rumah atas air itu.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 2.28 pagi.