Tiga keluarga hilang tempat tinggal kebakaran di Tawau
editor@bayunews.net
TAWAU (31 MAC): Tiga buah kediaman musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tawau Lama, dekat sini.
Kejadian yang berlaku pada jam 8.20 malam itu melibatkan kediaman jenis tidak kekal seluas 50×50 kaki persegi dan dua lagi kediaman masing-masing seluas 30 x30 kaki persegi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPM) mengesahkan kejadian itu.
Jelasnya, kebakaran telah mengakibatkan tiga keluarga hilang tempat tinggal.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.26 malam.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 11.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.