Tiga beradik temui ajal babit kemalangan di Lahad Datu

editor@bayunews.net

LAHAD DATU (9 MAC): Tiga beradik temui ajal bersama selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mereka terlibat dalam nahas membabitkan dua lagi kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tungku Kampung Bekapit, Lahad Datu, di sini.

Difahamkan, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Ellainie Sappari (4 tahun) bersama dua lagi abangnya Isang (39 tahun) dan Amil (45 tahun).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam tadi (8 Mac) mengenai kemalangan di lokasi berkenaan.

Katanya, pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebanyak tiga buah kenderaan terlibat dalam nahas iaitu Motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu Dmax.

“Terdapat lapan orang mangsa yang terlibat namun tiga orang mangsa yang menaiki Motosikal meninggal dunia disahkan oleh pihak pasukan perubatan di lokasi kejadian,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Sementara itu, lima lagi mangsa dari dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.