editor@bayunews.net
TENOM (28 MAC): Seorang lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai tidur di atas jalan raya meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan berdekatan Sekolah Kebangsaan Sapong, dekat sini, semalam.
Hasil keterangan awal mendapati, mangsa Simon Lucius memberhentikan kenderaan yang dipandunya sebelum bertindak tidur di tengah jalan raya.
Sejurus itu, sebuah kenderaan jenis Gen 2 yang melalui kawasan itu melanggar mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan kejadian itu berlaku pada jam 12.16 tengah malam tadi.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan pada jam 1.12 malam tadi.