![](https://borneotimes.net/wp-content/uploads/2022/09/FB_IMG_1662458513535.jpg)
Terus kembang bakat, buktikan kemenangan berbaloi – Daniel
![avatar](https://borneotimes.net/wp-content/uploads/2024/01/bt-favicon-40x40.png)
KOTA KINABALU : “Kemenangan ini membuktikan saya mempunyai suatu bakat yang mungkin saya sendiri tidak sedari tetapi saya harus kembangkan lagi,” kata Daniel Isaac,33.
Anak jati kelahiran Tambunan itu berjaya menjuarai Bakat Skrin Sabah (SST) 2022 yang julung kali diadakan di negeri ini bagi mengenalpasti bakat anak tempatan selain mengembangkan bakat dalam industri kreatif.
![](http://bayunews.net/wp-content/uploads/2022/09/FB_IMG_1662458454633.jpg)
Katanya, dia akan terus mengembangkan bakat dengan disiplin yang ada selain terus bekerja keras serta membuat latihan yang lebih banyak termasuk mendapatkan pendapat dari individu yang berpengalaman dalam bidang ini.
“Saya sangat teruja kerana ini adalah acara yang berprestij yang julung kali diadakan di Sabah. Sebenarnya saya sangat gementar, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan tetapi saya gembiralah.
![](http://bayunews.net/wp-content/uploads/2022/09/FB_IMG_1662458444315.jpg)
“Saya mula berkecimpung dalam bidang ini kerana salah satu sahabat yang juga bakal ipar saya adalah merupakan Pengarah Fotografi dan sekiranya ada pengambaran filem, dia akan membawa saya. Dari sana say amula berminat dalam bidang lakonan,” katanya.
Katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.
![](http://bayunews.net/wp-content/uploads/2022/09/FB_IMG_1662458438266.jpg)
Majlis itu disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Profesor Dr Mohd Nasir Ibrahim.
Daniel berkata, dia akan mencuba beberapa sesi uji bakat dalam bidang lakonan dan akan membuktikan kebolehan yang ada sekiranya berpeluang menyertai syarikat produksi di negeri ini.
![](http://bayunews.net/wp-content/uploads/2022/09/FB_IMG_1662458423974.jpg)
“Saya akan buktikan bahawa kemenangan ini tidak sia-sia dan saya berhak untuk mendapat kemenangan ini,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Program SST 2022 Dato’ Jelani Hamdan berkata, pihaknya mahu melihat industri kreatif khususnya bidang lakonan di negeri ini terus berkembang maju di Sabah.
“Saya juga melihat bakat yang ada di Sabah memang banyak dan tidak ketinggalan juga dalam industri kreatif. Saya juga melihat industri filem ini boleh dikaitkan dengan pelancongan.
“Oleh itu sampai masanya Sabah juga memikirkan bagaimana untuk mengindustrikan filem ini kepada industri pelancongan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Program SST Ramli Carlo berkata, program yang disertai seramai 66 peserta itu dijangka akan dilaksanakan secara tahunan pada masa akan datang.
“Sudah tentu untuk perancangan akan datang, program ini dijangka akan dijadikan sebagai program tahunan dan akan mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.
Pada majlis itu juga,sebanyak empat Anugerah Khas disampaikan kepada penggiat seni industri kreatif yang telah banyak berjasa kepada negara khususnya Sabah.
Antaranya ialah Anugerah Khas Puruvan TV (PTV) (Perfileman) yang dianugerahkan kepada Datuk Deddy M Borhan; Anugerah Khas (Drama TV & Drama Bersiri) kepada pengarah tempatan Tony Francis Gitom; Anugerah Khas (Seni Suara dan Penciptaan Lagu) dianugerahkan kepada Abu Bakar Ellah dan Anugerah Khas dan Seni Lakon yang dianugerahkan kepada Dayang Hasnah Pangiran Ibrahim.
Oleh: Seybi Sabby