Tergelincir, lelaki memukat ikan kolam ditemui lemas di Keningau
editor@bayunews.net
KENINGAU (18 MAC): Akibat tergelincir, seorang lelaki berumur 41 tahun dijumpai lemas selepas melakukan aktiviti memukat ikan di Kolam Simpanan Air Kilang Java Batu 5, di sini.
Mangsa dikenali Anwar Taming dipercayai hilang kira-kira jam 7.50 pagi di lokasi kejadian.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau PKPgB Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai berkenaan kejadiaan orang lemas.
Seramai 13 anggota yang diketuai Komander Operasi, PBK II Raizaain Ag. Damit dikerah ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian terletak sembilan kilometer dari BBP itu, operasi mencari dilakukan dan berjaya menemui mangsa.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 10.03 pagi.