Tempur Tanpa Senjata dijangka tarik minat pengunjung Rabu ini

KOTA KINABALU: Persembahan  Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh Angkatan Tentera Malaysia dijangka menarik minat pengunjung pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, Rabu ini.

Berkonsepkan “Tangkas, Berani dan Gerun”, persembahan berdurasi 15 minit dengan kekuatan 100 anggota itu diketuai Pegawai Pemerintah 5 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja, Mejar Amin A. Johari dan dibimbing oleh barisan jurulatih di bawah naungan 5 Divisyen Infantri Malaysia yang berpusat di Kem Lok Kawi.

Oleh itu, masyarakat dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan yang pertama selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka, mulai jam 7 pagi. – PENERANGAN