Tangan tersepit dalam ‘speaker’, kanak-kanak perempuan diselamat bomba

Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (1 FEB): Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya mengeluarkan tangan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit dalam sebuah kotak pembesar suara di Taman Kinamaun Lorong Pelanduk, Luyang, dekat sini.

Komander Operasi PBK II Idy Nirawan Iiyas yang mengetuai pasukan bomba mengesahkan perkara itu ketika tiba lokasi kejadian pada jam 3.41 petang.

Pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tangan kanak-kanak malang itu daripada terus tersekat dalam kotak pembesar suara berkenaan.

“Selepas kejadian, mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Maklumat berkenaan kanak-kanak malang itu tidak dapat diperolehi dan operasi ditamatkan pada jam 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan.