TalentCorp berjaya tarik 6,000 peserta wanita sempena Bulan Pemerkasaan Wanita 2023

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (1 APRIL): Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah menutup Bulan Pemerkasaan Wanita 2023 (WEB 2023) dengan mengadakan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk dan Buka Puasa di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, semalam.

PERSEDIAAN … Kasim (dua dari kiri) dan Mustapha (tiga dari kiri) membantu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelajar UMS sambil disaksikan Mohd Amril.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, lebih 6,000 peserta wanita dari seluruh Malaysia secara dalam talian dan fizikal mengikuti 13 program yang telah dianjurkan oleh TalentCorp.

“WEB 2023 dianjurkan bertujuan mempersiapkan wanita dari semua latar belakang sebelum mengambil langkah seterusnya dalam bidang kerjaya dan kehidupan serta bagi meraikan pencapaian pendukung wanita di Malaysia.

DIRAIKAN … Sebahagian anak-anak asuhan Rumah Amal Kasih  Kingfisher  yang diraikan dalam program itu.

“Saya menyeru semua pihak yang berkepentingan untuk berganding bahu dalam mewujudkan masyarakat yang inklusif dan saksama selaras dengan tonggak Malaysia MADANI.

““TalentCorp merupakan badan sokongan yang kuat dalam mengangkat nilai kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman serta menjadi sebahagian daripada usaha Kementerian Sumber Manusia untuk mengukuhkan pasaran buruh, untuk tenaga kerja yang lebih produktif dan berdaya saing,” katanya ketika majlis penutupan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp Thomas Mathew berkata, WEB 2023 yang mengetengahkan tema “Be Strong, Be Tenacious, Be Kind” merupakan aspirasi sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia,

Agihan bubur lambuk diberikan kepada 300 pelajar UMS dan seramai 40 orang anak dari Rumah Amal Kasih King Fisher diraikan dengan menerima sumbangan Ramadan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Naib Presiden Kumpulan TalentCorp Mohd. Amril Mohd. Junid.