Seorang PATI terjun feri ditemui lemas di Pelabuhan Sandakan
editor@bayunews.net
SANDAKAN (18 MAC): Seorang lelaki warganegara Filipina dari Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditemui lemas selepas bertindak terjun dari laut di Pelabuhan Sandakan, di sini.
Hasil keterangan awal, pengurus feri yang melihat kejadian itu bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.
Sejurus itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah yang menerima maklum balas berhubung kejadian itu turut turun ke lokasi untuk usaha mencari dan penyelamat.
JBPM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pihak menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 pagi berkenaan seorang penumpang feri secara tiba-tiba terjun ke dalam laut melalui tingkap tingkat empat feri pada jam 6.45 petang Rabu.
“Mayat mangsa dikenali sebagai Razmel abdul Rahim berumur 31 tahun ditemui di jeti kedua Pelabuhan Sandakan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan Polis Marin pada jam 8.39 pagi,” katanya.
Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.