Seorang cedera kejadian kebakaran empat rumah di Keningau
SEYBI SABBY
editor@bayunews.net
KENINGAU (24 NOVEMBER): Empat buah kediaman separuh kekal musnah dijilat api yang mengakibatkan seorang lelaki cedera ringan di Kampung Masak, Jalan Masak dekat sini, kelmarin.
Tiga kediaman terlibat musnah sama sekali manakala satu daripadanya musnah 90 peratus.
Menurut Jurucakap Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.58 tengah hari.
“Seramai 11 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ditugaskan ke lokasi.
Pihaknya melakukan dua aliran dan empat pancutan dari sumber air jentera dan air kolam berhampiran.
Mangsa yang cedera ketika cuba menyelamatkan diri dari insiden itu telah diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Keningau oleh pasukan EMRS.
Operasi pemandaman dapat dikawal pada jam 1.50 tengah hari kelmarin dan tamat pada jam 4.42 petang.