
Saksi baharu ditampil babit perbicaraan kes Ebit Lew 7-10 Feb ini

Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (6 FEB): Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew akan disambung semula bermula esok sehingga 10 Febuari ini yang dijangka membawa kepada saksi keenam daripada pihak pendakwaan.
Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim berhadapan dengan 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan melakukan hantaran gambar dan perkataan lucah antara Mac hingga Jun 2021.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Tenom pada tarikh 22 Disember tahun lalu menetapkan tarikh perbicaraan baharu bagi kes itu selepas perbicaraan sebelum ini ditangguhkan.
Untuk rekod, seramai lima orang saksi telah ditampilkan daripada pihak pendakwaan.