Sabah rekod data warga asing dilengkapi sistem pengesanan wajah

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (1 DIS): Kerajaan Negeri Sabah telah memulakan aktiviti merekod data warga asing sepenuhnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang yang melibatkan semua pemegang kad IMM13, Sijil Banci MKN, Dokumen JKM (Burung-Burung) dan semua warga asing yang bekerja di negeri ini.

Menurut Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Abidin Madingkir berkata, data yang direkodkan dijalankan dengan teliti, teratur dan efektif. Kerajaan akan mendapatkan data-data Biometric yang dilengkapi dengan ‘facial recognition’ (sistem pengecaman wajah).

Jelasnya, data yang diperolehi adalah milik kerajaan negeri namun tidak akan memberikan taraf kewarganegeraan kepada warga asing berkenaan, katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Bajuet 2023 Sabah semalam.

Beliau menjawab soalan Darell Leiking (Warisan-Moyog) dan Chong Chen Bin (Warisan-Tanjong Kapor) yang membangkitkan isu berkaitan pendataan warga asing ketika sesi perbahasan, sebelum ini.