Sabah perketat SOP buat pengembara dari China bermula 8 Januari ini

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (5 JAN): Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk memperketat lagi prosedur (SOP) buat pengembara dari China yang tiba ke negeri ini bermula 8 Januari 2023.

Kenyataan itu dijelaskan menerusi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata ia adalah sebagai langkah membendung peningkatan semula kes COVID-19 di negeri ini.

“Semua pengembara dari negara China perlu menunjukkan ujian Covid-19 (RT-PCR/RTK AG PROFESSIONAL) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

“Semasa ketibaan, semua pengembara dari luar negara dikehendaki untuk menjalani saringan suhu (thermal scanner).

“Pengembara yang dikesan demam akan menjalani pemeriksaan lanjut, dan mempunyai gejala COVID-19, wajib menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya.