Sabah FC mara ke suku akhir Piala FA

KOTA KINABALU (15 APRIL): Sabah FC terus mara ke suku akhir Piala FA sebaik menumpaskan Kelantan United 2-0 di Stadium Likas, malam tadi.

Jaringan pertama pada minit ke- 13 menerusi kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Beberapa cubaan dipersiakan skuad badak, namun pada minit ke 59 penyokong tuan rumah kembali mengamatkan stadium sejurus gol kedua menerusi pemain gantian, Stuart Wilkin.

Memasuki minit ke 73, Jailton Da Silva pula mengemparkan gawang Kelantan United akan tetapi pengadil perlawanan S. Logeswaran membatalkannya susulan mendakwa pemain import itu telah mengasari penjaga gol Kelantan United, Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Untuk rekod, Sabah FC bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Mei ini.