editor@bayunews.com
SHAH ALAM (27 OKT): Sabah FC yang hanya meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan Liga Perdana, UiTM FC pada aksi pertama peringkat 16 pasukan Piala Malaysia di Stadium UiTM Shah Alam, lewat semalam ternyata belum boleh melegakan pasukan itu untuk mengandakan peluang.
Skuad dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee itu perlu bekerja lebih keras dalam aksi kedua kerana kelebihan kedua-dua pasukan itu masih memiliki ruang untuk ke suku akhir.
Aksi penguasaan perlawanan menyaksikan pasukan Sabah FC lebih menonjol namun belum benar-benar menguji gawang UiTM FC dalam tempoh 30 minit perlawanan apabila tuan rumah berjaya menyerap setiap asakan dilancarkan Sabah FC.
Jaringan pertama diledakkan Sabah FC pada minit ke 43 menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar sebelum pemain gantian, Maxsius Musa menghasilkan jaringan kedua menerusi satu rembatan deras pada minit ke-70.
Bagaimanapun, George Attram memastikan UiTM FC membawa bekalan satu jaringan bagi aksi kedua apabila meledak gol pertama UiTM FC di hujung permainan.-BH