Sabah dan Sarawak, hujan berterusan akhir Disember ini

editor@bayunews.net

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Disember ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan berterusan juga dijangka di beberapa kawasan di Sabah, yakni Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sepanjang hari ini.-Bernama