SEYBI SABBY
KOTA KINABALU (15 NOVEMBER): Sabah menetapkan tarikh 18 dan 19 November 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Khas.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menetapkan tarikh berkenaan sebagai cuti umum untuk rakyat di negeri ini.
Katanya, cuti berkenaan bagi memudahkan rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu 19 November ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada PRU15.