Rosdi Mat dilantik Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah baharu
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (4 JAN): Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rosdi Mat Jusoh dilantik Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah menggantikan Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Nin Mohd Isa.
Pertukaran jawatan dilaksanakan bersama Mohd Zamzuri sebagai Ketua JSPT sebelum ini dan akan bertugas sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perak bermula pada 28 Disember tahun lalu.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pagi tadi.
Jauteh berkata rekod perkhidmatan 23 tahun Rosdi menunjukkan kebanyakkannya berada dalam Jabatan Siasatan Jenayah.
“Walaupun berbeza dari segi penguatkuasaan dan siasatan namun saya yakin ia akan bakal memberi satu impak yang besar dalam meneruskan legasi dan memperkasakan lagi JSPT Sabah ini,” katanya.