
Rogol remaja 16 tahun, pemuda dipenjara 12 tahun dan dua sebatan

Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (8 DIS): Seorang lelaki didapati bersalah atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Seksyen, dekat sini.
Difahamkan, selepas tragedi hitam itu mangsa (16 tahun) cuba membunuh bunuh diri sebanyak dua kali.
Tertuduh Shahreyan Syah Lagayu (30 tahun) melakukan kesalahan merogol ke atas remaja malang itu di dalam sebuah kereta di Kompleks Sukan Likas dekat sini pada 10 November 2019 sekitar jam 10 malam dan 11.59 malam.
Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Shahreyan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Dis 2019 dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.