Robert sampaikan sumbangan pendidikan kepada Nur Aishwarya
KENINGAU (12 SEPT): Seorang pelajar, Nur Aishwarya Zilla Dieniell menerima sumbangan kewangan pendidikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik baru-baru ini.
Nur Aishwarya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Open Universiti Malaysia (OUM) dalam program Diploma In Islamic Studies with Education.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Rozelius Juanis yang mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada ayah Nur Aishwarya, Dieniella Kurais.
Dienuella berkata dengan adanya sumbangan itu, ianya dapat membiayai pembelian alat keperluan semasa memasuki universiti bagi memulakan pembelajarannya bulan ini.
“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinannya menghulurkan sumbangan tersebut yang amat membantu anak saya yang akan memulakan pengajian pada bulan ini, ” katanya.
Sumber: Utusan Borneo