editor@bayunews.net
TUARAN (10 MAC): Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas di Kampung Rungus Nahaba, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa sedang bermandi-manda di sungai Togot di kampung berkenaan sebelum dipercayai telah lemas oleh penduduk kampung.
Menurut Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan orang lemas.
“Setiba di lokasi, keterangan awal turut diambil sebelum usaha menyelamat dilakukan bersama penduduk kampung.
“Mangsa telah berjaya ditemukan oleh penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejurus itu, mangsa dibawa keluar dengan menggunakan pengusung oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada 5.15 petang itu.