Projek pembangunan DUN Lumadan beri manfaat kepada penduduk

Beaufort : Pelbagai isu pembangunan infrastuktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dalam tempoh lima tahun terdahulu berjaya diselesaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ini termasuklah isu bekalan air bersih serta jalan raya yang telah diberi perhatian untuk keselesaan penduduk setempat.

Katanya, secara keseluruhan isu-isu utama telah berjaya diselesaikan melibatkan beberapa kampung seperti Suasa, Bangkalalak, Berumbai, Mentulud, Padas Damit, Bintuka dan Lubuk, Weston

“Selain itu juga pada masa ini terdapat beberapa projek pembinaan Dewan Perpaduan DHRM.  Pada tahun ini, Insya Allah, kita akan bina 12 buah.

“Dari jumlah itu, 10 buah sudah hampir siap, manakala dua lagi akan bermula pembinaan Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-Cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Zon II DUN Lumadan di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri turut memberitahu sektor kesihatan juga diberi perhatian.

Antaranya di Padas Damit, Bangkalalak, Weston dan Lupak telah atau sedang dinaik taraf agar penduduk setempat menikmati perkhidmartan kesihatan yang lebih baik.