Program Dare to Lead anjuran PMPEP asah bakat kepimpinan mahasiswa UMS

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (13 MAC): Seramai 29 orang peserta daripada pemimpin persatuan dan kelab menyertai program ‘Dare to Lead’ Kem Kepimpinan Mahasiswa di Universtiti Malaysia Sabah (UMS), di sini.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS itu bertujuan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa selaku pemimpin persatuan dan kelab mengikuti pelbagai modul dan pengisian aktiviti Latihan Dalam Kelompok (LDK).

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPEP), Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim berkata ia turut memupuk rasa kebersamaan dan kerjasama dalam sesebuah persatuan ataupun organisasi.

Katanya, program berkenaan mampu menyerlahkan jati diri dan kualiti kepimpinan melalui pelbagai modul kepimpinan, komunikasi dan organisasi yang diterapkan.

Program tersebut turut mendapat sokongan penuh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Turut hadir, Pengarah Pusat Alumni, Dr. Arif Kamisan Pusiran dan Pengarah Program merangkap wakil MPP, Pirdyro Sabinus.