PPD Tuaran dan KK terima Anugerah Khas Jabatan Penerangan Sabah

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (1 FEB): Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Tuaran dan Kota Kinabalu menerima Anugerah Khas Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah bagi Laporan Reaksi Am (Daerah Terbaik).

PPD Tuaran berjaya mendapatkan reaksi am daripada 2,549 responden manakala 2,511 responden bagi PPD Kota Kinabalu.

Sementara itu, Anugerah Penghargaan Khas (Penerima Merit Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2022) pula diberikan kepada Pembantu Penerangan, Idris Sani Saberun dan Jurufoto, Jeffren Malaning manakala Pembantu Penerangan, Leonard Desmond dari PPD Tambunan dan Mazlan Bakar (PPD Nabawan) menerima Anugerah Khas Laporan Pemantauan Isu (Pelapor Terbaik Individu).

Anugerah-anugerah berkenaan disampaikan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2023 yang dihadiri oleh 250 warga kerja JaPen Sabah di Lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital, pada Selasa.

Turut berlangsung, taklimat MyCuepacsCare yang disampaikan oleh wakil pemasarannya, Ebben Fachrizan Mohd Zen dan Mesyuarat Pengurusan JaPen Sabah Bil. 1/2023 yang dipengerusikan Jainisah bagi membincangkan isu serta mendapatkan laporan mengenai perkembangan semasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa; Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan; KPP Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit; KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong; KPP Bahagian Media Siber, Geraldine Voo Yee Wen dan KPP Bahagian Perhubungan Awam, Zamri Abd Ghani.-Penerangan