Polis siasat penemuan mayat lelaki di Pantai Tanjung Aru

SEYBI SABBY

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (4 NOVEMBER): Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes pembunuhan melibatkan penemuan mayat seorang lelaki pengurus binaan berhampiran Pantai Tanjung Aru, baru-baru ini.

Pada 31 Oktober lalu, polis menerima laporan kehilangan lelaki itu menerusi anaknya.

Difahamkan, anak mangsa cuba menghubungi telefon dan datang ke tempat bapanya bekerja namun gagal dikesan.

Mangsa berusia 63 tahun itu, dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar waktu makan malam pada malam sebelumnya.

Berdasarkan sumber rakan sekerja, kereta mangsa ditemui berada di belakang sebuah restoran di Hilltop, Luyang.

Kini usaha untuk mendapatkan rakaman CCTV sedang dijalankan.