
Pintu bilik hotel terbuka, mayat pelancong terbaring ditemui di Kota Kinabalu
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (6 MAC): Mayat seorang pelancong lelaki warga Korea ditemui terbaring di atas lantai bilik hotel di Jalan Coastral dekat sini, kelmarin.
Mangsa berusia 45 tahun itu ditemui oleh penghuni hotel pada jam 8.25 pagi.
Hasil keterangan awal mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersendirian pada 28 Febuari.
Difahamkan, pintu bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa membuka pintu biliknya pada 10.15 malam dan dilihat memandang ke arah luar bilik.
Mangsa telah masuk semula ke dalam bilik tanpa menutup pintu biliknya dan tiada individu lain dilihat keluar dan masuk ke dalam bilik mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi berkata siasatan oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati tiada unsur jenayah dan pemeriksaan tidak menemui kesan pergelutan ataupun sebarang kecederaan di tubuh mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan mati mengejut.





