Penyampaian Perkhidmatan Efektif, Profesional Naikkan Imej PDRM

KOTA KINABALU: Penyampaian perkhidmatanyang efektif dan profesional mampu menaikkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, penyampaian maklumat merupakan titik permulaan perhubungan PDRM dengan masyarakat dengan cara mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Apabila kukuhnya hubungan tersebut maka cantiklah persepsi masyarakat kepada PDRM. 

“Saya amat yakin cara ini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM kepada masyarakat demi memastikan permuafakatan antara PDRM dan masyarakat terus ampuh,” katanya.

Supian menerima sijil penghargaan daripada Idris

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad di sini hari ini.

Idris berkata, menerusi permuafakatan itu pihaknya percaya PDRM mampu menurunkan kadar jenayah dan seterusnya meningkatkan kadar penyelesaian kes.

Pada majlis itu, Idris menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota serta pegawai PDRM dan pengamal media antaranya Pengarah Penerangan Sabah yang diwakili Pemangku, Supian Musa./Penerangan-