Penunggang motosikal maut dirempuh lori di Jalan Lintas

KOTA KINABALU (17 MEI): Satu kemalangan maut mebabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun dalam kejadian langgar lari di lampu isyarat di Jalan Lintas-Iramanis, dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zainuddin Mohd Hazwan Taya yang menggunakan motosikal jenis Suzuki GSX-R150 dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori kira-kira jam 11.30 malam berkenaan.

Difahamkan, mangsa telah terbuang dari motosikal mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superitendan Kalsom Idris mengesahkan kemalangan maut itu.

Sehingga kini, seorang suspek pemandu lori dengan nombor plat SS2976Y sedang diburu.

Untuk rekod, suspek lelaki warga asing melarikan diri ke Kalabakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.