Penjawat awam meninggal dunia ditemukan di bilik pejabat

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (5 OKT): Seorang penjawat awam ditemukan meninggal dunia dalam bilik di sebuah pejabat di Aras 5 Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah, di sini pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira 8.30 pagi itu disedari kakitangan jabatan berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu 8.42 pagi.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa lelaki berusia 38 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik pejabat.

“Bilik pejabat mangsa kemudian dibuka kakitangan jabatan berkenaan dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 9.22 pagi.