Penghuni diarah berpindah kejadian tanah runtuh di Kg Lebak Moyoh Kota Belud

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA BELUD (20 JAN): Penduduk Kampung Lebak Moyoh dekat sini dinasihat untuk berpindah sekiranya masih berlaku pergerakan tanah melibatkan kawasan bukit berhampiran, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.34 pagi berhubung kejadian itu.

Pihaknya bertindak memasang sawar-sawar di sekitar lokasi runtuhan dan menasihati penduduk di kawasan sekitar untuk mengosongkan kediaman sekiranya pergerakan tanah terus berlaku.

“Berdasarkan penelitian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), hanya sebuah rumah yang diarahkan untuk dikosongkan untuk tujuan keselamatan.

“Kerja pemantauan dan pemeriksaan secara berkala akan dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak Polis dan pasukan Bomba di lokasi terjejas,” katanya.

Tambahnya lagi,  operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.44 tengah hari.