
Penganggur tergamak cedera ibu kandung dikena bon kelakuan baik setahun

SEYBI SABBY
editor@bayunews.net
KUCHING (22 NOVEMBER): Mahkamah Majistret dekat sini mengenakan bon berkelakukan baik selama setahun kepada seorang penganggur lelaki selepas mengaku bersalah mencederakan ibu kandungnya menggunakan sebatang kayu, baru-baru ini.
Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan pesalah muda yang tidak diwakili peguam itu diberi jaminan bon RM2,000 (tidak didepositkan) dengan bapanya sebagai penjamin.
Difahamkan, dia bertindak mencederakan ibunya berusia 41 tahun pada 8 Ogos lalu, kira-kira 4.20 petang di jambatan Kampung Muhibbah Seberang Pending.
Difahamkan pesalah muda itu berang selepas dilarang menggangu barang di rumah milik mangsa.
Mangsa cedera dua jari telunjuk kanan sehingga menyebabkan luka dan berdarah.
Penganggur itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.