Penduduk Kampung Tungou rayu JKR pantau laluan utama terlibat tanah runtuh di Ranau
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
RANAU (11 JAN): Penduduk Kampung Tungou hari ini merayu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan pemantauan dan pembaikan laluan utama kampung mereka yang terkesan akibat kejadian tanah runtuh, dekat sini.
Laluan utama itu terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Ranau yang menjadi laluan penghubung antara daerah Ranau-Tambunan.
Kejadian tanah runtuh itu bukan saja menjejaskan aktiviti harian penduduk malah memberi kesan terhadap struktur bangunan, kediaman, harta benda dan nyawa penduduk di kampung yang terlibat.
Bukan itu saja, kawasan runtuhan juga berhampiran dengan kemudahan asas penduduk seperti pondok perhentian bas dan tempat menjual hasil pertanian.