Pendaki wanita seliuh kaki kanan diusung di Ranau

editor@bayunews.net

RANAU (13 OKT): Seorang pendaki wanita seliuh kaki kanan terpaksa diusung ketika meneruskan perjalanan pendakian Gunung Kinabalu di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata kejadian jam 8.30 pagi membabitkan mangsa warga tempatan semasa berada di Kilometer 4 Layang-Layang,

“Bertindak dengan kecemasan, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) bergegas ke lokasi sebaik memperoleh maklumat daripada pihak Taman-Taman Sabah (TTS).

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal dan pasukan kecemasan membawa mangsa menggunakan teknik usungan iaitu Neil Robertson Stretcher menuju ke Timpohon Gate,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Tambahnya operasi ditamatkan jam 5.25 petang.