Pemandu wanita cedera insiden kereta bertembung di Jalan Lintas

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (12 DIS): Seorang wanita yang memandu Perodua Bezza cedera selepas kereta yang dipandu bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Lintas Kepayan, dekat sini, awal pagi hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.59 pagi.

Sejurus itu, sepasukan jentera dikerah ke lokasi yang diketuai Pegawai Operasi, PBK II (KUP) Amran Lawadin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Difahamkan mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans manakala mangsa lelaki di dalam kereta Toyota Hilux berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.