Pemandu nyaris maut kereta terbakar di Ranau

SEYBI SABBY

editor@bayunews.net

RANAU (16 NOVEMBER): Pemandu kenderaan jenis kompak nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar di Jalan Simpang Kauluan, Kundasang dekat sini.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau berada di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.08 tengah hari.

Setiba di situ, didapati seluruh kereta telah musnah dan mangsa pemandu lelaki berjaya keluar dari kereta dan dalam keadaan selamat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.