Pelajar dibelasah kejadian di Tanjung Aru
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (18 JAN): Rakaman video yang tular di Facebook dan aplikasi Whatapps berkenaan seorang pelajar lelaki dibelasah oleh sekumpulan pelajar di sebuah sekolah Tanjung Aru semalam, menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial di sini.
Rakaman dengan durasi 23 saat itu memaparkan seorang pelajar lelaki dilihat dibelasah beberapa pelajar lain di dalam kawasan sekolah.
Difahamkan, pihak polis sedang mengesan kesemua pelajar yang terlibat dan menurut satu sumber media tempatan melaporkan lawatan ke atas sekolah berkenaan telah dijalankan untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, satu keterangan video kes buli itu didakwa baru berlaku di sebuah sekolah di sini.
Keterangan itu memaklumkan pengguna akaun itu hanya mampu menularkan video terbabit disebabkan tidak berada di lokasi kejadian.
Jelasnya, tindakan itu dilakukan bagi memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya disamping mengelak kejadian itu terus berulang.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, memaklumkan pihaknya belum menerima aduan atau laporan mengenai kejadian itu.
“Polis sedang mengesan pelajar dan ibu bapa mereka kerana perbuatan membuli di sekolah tidak wajar dibiarkan,” katanya dalam satu kenyataan.