
Paip haram, pam air dirampas punca isu air di Sepanggar

editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (10 MAC): Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melakukan operasi mencabut 34 sambungan paip haram di sebuah pengagihan di Kampung Suang Parai, Sepanggar di sini.
Pengarah JANS, Baharom Sogon berkata pihaknya turut merampas 12 pam air yang menggunakan tenaga elektrik secara haram dari sebuah tiang elektrik berhampiran.
Katanya, penyambungan haram dialirkan kepada penempatan setinggan Kampung Bakau yang menjadi punca tekanan air rendah bagi penduduk di Suang Parai.
“Sebanyak 38 peratus kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Kota Kinabalu.
“Walau bagaimanpun JANS sebelum ini pernah melakukan operasi sama namun berulang kembali setelah wujudnya kawasan setinggan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut bertegas akan menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa dan mengajak orang ramai membantu mengatasi masalah berkenaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air terawat yang berterusan kepada pengguna.