Operasi perlombongan bitcoin tumpas di Keningau

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KENINGAU (10 JAN): Sebuah premis yang disyaki membuat sambungan elektrik secara haram ternyata menjalankan operasi perlombongan bitcoin akhirnya tumpas.

Serbuan yang dilakukan Polis Daerah Keningau dengan bantuan pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) itu berjaya merampas pelbagai alatan elektronik yang digunakan bagi menjalankan kegiatan bitcoin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim berkata, sebanyak 57 mesin bitcoin, lima unit router, satu unit modem jaringan tanpa wayar (WiFi) dan satu set komputer berjaya dirampas.

Difahamkan, selain disyaki membuat sambungan haram premis turut mendatangkan kerosakan dan kerugian harta benda kepunyaan SESB.

“Semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dan siasatan masih diteruskan, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, 37(1) Akta bekalan 1990.

Operasi ditamatkan kira-kira jam 7 malam itu.