Nelayan asal Mengkabong hilang, ditemui selamat berpaut guna tong minyak

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (26 JAN): Seorang nelayan berusia 69 tahun berasal dari Kampung Mengkabong yang dipercayai hilang akhirnya ditemui selamat selepas berpaut menggunakan tong bekas minyak selama 30 jam.

Difahamkan, mangsa yang dikenali Morris Dullin ditemui terapung di perairan Sepanggar pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa ditemui oleh Kapal KD Sunda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sejurus itu, mangsa dibawa balik ke pangkalan TLDM bagi tujuan pengesahan dan mendapatkan rawatan.

Terdahulu, dua rakan mangsa yang memakai jaket keselamatan masing-masing berusia 41 dan 42 tahun terselamat dari kejadian bot karam itu.