Motosikal, kereta musnah insiden rumah dua tingkat terbakar di Lahad Datu

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

LAHAD DATU (11 JAN): Satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal dekat sini turut memusnahkan dua lagi kenderaan yang berlaku di Batu 10 Jalan Segama, semalam.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sumsoa Rashid berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam.

Difahamkan, kebakaran berlaku pada jam 7 malam itu telah memusnahkan sebuah kereta dan motosikal milik tuan rumah.

Seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Operasi pemandaman terus dilakukan meskipun rumah dan dua kenderaan itu sudah musnah terbakar sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Mengulas lanjut, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Operasi ditamatkan pada jam 9.08 malam selepas memastikan lokasi kebakaran berada dalam keadaan selamat.