Ming Garden Hotel & Residences saji bufet Ramadan selera Melayu dan antarabangsa

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (3 April): Sempena Ramadan Al-Mubarak kali ini, Ming Garden Hotel & Residences menawarkan Bufet Ramadan paling istimewa dengan menyajikan hidangan citarasa Melayu tempatan dengan gabungan antarabangsa pastinya menepati selera semua.

Jika anda inginkan kelainan dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan sahabat handai kenikmatan berbuka puasa, jadikan Ming Garden Hotel & Residences sebagai lokasi persinggahan dan percutian terindah yang terletak di Jalan Coastal, Kota Kinabalu.

Bayu News berkesempatan merasai sendiri juadah berbuka puasa di hotel terkemuka ini yang sangat mengujakan ditambah dengan suasana musim perayaan yang tenang dan santai menambahkan lagi detik terindah lebih mendamaikan ketika berbuka.

ISTIMEWA …  juadah daging kambing yang dipanggang ‘crispy’ bersama kentang dan dipadankan dengan sos pudina serta lada hitam.

Jika anda penggemar kambing bakar jangan tunggu lama kerana tetamu saja beratur panjang demi menikmati juadah daging kambing yang dipanggang ‘crispy’ bersama kentang dan dipadankan dengan sos pudina serta lada hitam istimewa.

Bukan itu saja, pelbagai lagi menu utama turut menarik perhatian tetamu termasuklah nasi daging kerisik, mihun goreng siam, baked pasta, udang asam manis, daging keema, ayam bali, sambal ikan kentang, dan bak choy taukan.

Selera antarabangsa yang mencipta pelbagai citarasa sajian antara benua.

Set pembuka selera seperti beberapa jenis salad segar beraneka jenis dan warna turut dihidangkan bersama sos rasa asam manis dan masin ternyata sesuai bagi mereka yang gemar kepada segala jenis sayuran segar.

Tidak kurang juga sajian ulam-ulaman ditambah  dengan bahan perasa utama antaranya budu, sambal belacan, air asam, cilip padi, jeruk manga, jeruk kedondong, jeruk betik, keropok ikan, keropok udang, papadom, telur masin, lemang, serunding ayam, dan ikan masin ianya mampu menaikkan selera makan pengunjung.

SAJIAN MELAYU … set gado -gado lengkap bersama kuah kacang.

Hidangan Melayu yang mencipta kenangan sajian tradisi kampung turut tersedia seperti gado -gado dengan potato, kacang panjang, tempe, kacang putih beserta telur goreng.

Langkah anda melalui beberapa meja makanan tidak akan terhenti lagi kerana Ming Garden Hotel & Residences menyediakan beberapa lagi gerai makanan dengan juadah yang lagi berbeza tentunya gerai kuih-muih, gerai hidangan BBQ, gerai sup dan macam-macam lagi.

SANGAT LAZAT … sup daging dipadankan dengan ramuan rempah ratus bersama beberapa jenis mee cukup menyelerakan.

Selain itu turut disediakan pelbagai jenis aiskrim dan  menu pencuci mulut antaranya pengat pisang, kuih Melayu, puding, mangga, Chocolate Cream Brulee, kek kurma, serta buah-buah tempatan yang segar.

PENCUCI MULUT … Antara pencuci mulut lazat yang harus dicuba.

Merasmikan program Bufet Ramadan itu, Pengurus Besar Patrick Lau, berkata penganjuran seumpama ini mampu memberi perkongsiaan pengalaman dan kebudayaan yang ada di negara kita.

Banyak pilihan pencuci mulut untuk dirasai.

“Sempena Ramadan tahun ini yang begitu istimewa untuk pertama kalinya kita kembali ke fasa normal selepas tiga tahun melalui fasa sukar akibat pandemik, kami amat mengalu-alukan kehadiran semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena acara santai Bufet Ramadan hotel itu.

Pelbagai air sirap dan minuman panas turut disediakan.

Kadar harga dikenakan hanya RM85 bagi dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak setiap seorang.

Promosi istimewa bagi mereka yang ingin menginap sempena promosi Ramadan bermula 19 Mac sehingga 21 April bulan ini harga serendah RM150 sehingga RM220 sahaja.

Mereka yang ingin membuat tempahan awal dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi talian 088-528 888 atau 016-832 6135.