
Mayat warga emas jatuh sungai di Lahad Datu ditemui

SEYBI SABBY
editor@bayunews.net
LAHAD DATU (21 NOVEMBER): Seorang lelaki warga emas lingkungan 80an yang dilaporkan hilang ketika menyeberangi Sungai Kampung Dewata ditemui lemas dekat sini, semalam.
Warga emas malang itu ditemukan oleh orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang kira-kira 9.30 pagi Ahad.
Mangsa dikatakan menggunakan anak sungai itu telah terjatuh ketika menuju ke sebuah ladang kelapa sawit miliknya.
Mayat mangsa kini diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Terdahulu, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat daerah Lahad Datu bertindak atas panggilan kecemasan pada jam 4.43 petang Sabtu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 30 kilometer dari balai berkenaan.
Usaha mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang telah dilakukan namun jasadnya gagal ditemui.