Maut dirempuh dua kenderaan di Tenom

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

TENOM (13 JAN): Seorang lelaki berusia 50an maut selepas cuba melintas jalan akibat dirempuh dua kenderaan berasingan kejadian berlaku di Jalan Tenom-Keningau, dekat sini semalam.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 8.45 itu selepas disahkan oleh pegawai perubatan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsin berkata, mangsa cuba melintas jalan sebelum dirempuh oleh dua kenderaan.

“Kenderaan pertama sebuah Proton Iswara manakala yang kedua, Proton Saga yang disaksikan oleh anggota saya yang ketika itu turut melalui lokasi kemalangan berkenaan.

“Beliau cuba menahan kereta kedua namun pemandu Proton Saga berkenaan tidak menyedari kehadiran mangsa sebelum meneruskan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Empat anggota BBP Tenom dikerah ke lokasi dengan jarak kira-kira 2 kilometer dari balai.

Operasi ditamatkan pada jam 9.22 malam.