OKU 72 tahun, rentung tragedi rumah terbakar di Tuaran
editor@bayunews.net
TUARAN (3 APRIL): Lelaki warga emas berusia 72 tahun ditemukan rentung selepas kediaman yang didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Tagas Jalan Pertanian, semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga seorang OKU menggunakan kerusi roda itu turut kudung kaki kanan di paras lutut sedang berada di dalam bilik tidur.
Ketika kejadian, isteri mangsa bertindak meminta bantuan daripada anak-anaknya yang tinggal berjiran dengan kediaman mereka.
Namun begitu, api yang marak mengagalkan usaha anak-anaknya untuk menyelamat mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran yang juga merupakan Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar mengesahkan kejadian berkenaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 11.57 malam di lokasi kejadian dan mayat dirujuk kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 1.34 pagi.