Lelaki 40an terjatuh dari Jambatan Yayasan Sabah

SEYBI SABBY

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (11 NOVEMBER): Seorang lelaki lingkungan 40an dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Yayasan Sabah, dekat sini.

Menurut kenyataan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Difahamkan, operasi SAR sedang dijalankan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.