Lagi serangan buaya baham manusia di Lahad Datu

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

LAHAD DATU (1 DIS): Seorang kanak-kanak lelaki berumur satu tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai menjadi mangsa serangan buaya di perairan berhampiran Pangkalan Marin, pagi tadi.

MENCARI … Pasukan melakukan operasi mencari dan penyelamat kanak-kanak yang hilang dipercayai dibaham buaya.

Difahamkan kira-kira jam 10.05 pagi itu, mangsa bersama bapanya sedang mendayung sampan di lokasi kejadian sebelum diserang sang bedal berkenaan.

LUKA … Keadaan kepala mangsa yang luka menjadi mangsa serangan buaya.

Bapa kepada kanak-kanak malang itu turut cedera di bahagian kepala dan badan selepas berjaya diselamatkan orang awam.

Sejurus itu, beliau dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan Ambulans bagi menerima rawatan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi tadi.

Sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, mangsa yang terlibat dalam serangan reptilia ganas itu merupakan seorang lelaki palauh dan kanak-kanak lelaki satu tahun.