Koleksi dokumen bersejarah dipamer Jumaat ini

KOTA KINABALU (13 SEPT) :  Koleksi dokumen bersejarah akan dipamerkan sempena Sambutan Hari Malaysia Negeri Sabah, Jumaat ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Hanafiah Kassim yang ditemui media bersiaran langsung rancangan ‘Kami Bah Ini’ di Kompleks Bersepadu K-KOMM memaklumkan, koleksi Arkib Negeri Sabah itu akan disusun pada kiosk-kiosk sepanjang jalan sempena sambutan tersebut.

Oleh itu, orang ramai dijemput hadir dan mengunjungi kiosk yang disediakan bagi melihat sendiri dan mengetahui kandungan dokumen bersejarah tersebut./Penerangan-